PENULIS : TINA
DERIKA
TERBITAN : KARYA
SENI
HARGA : RM 28 / Sem. Malaysia , RM 31 / Sabah & Sarawak
SINOPSIS :-
“sama ada kau kena berubah sikap, atau kahwin dengan
Zinnirah. Bila sebut pasal ubah sikap maknanya, kau tak bolehlah pergi kelab,
berfoya-foya dengan sofia”.
Malangnya Danial
Zakhan, pewaris syarikat perkapalan yang suka bersosial dan berhibur itu tidak
Berjaya mengubah sikap buruknya. Dato Abdullah, papanya Danial menganggap hanya
Zinnirah yang mampu mengubah Danial Zakhan.
Siapa Zinnirah ?
Pada Danial, perempuan itu hanya pemilik kedai runcit kampong. Memang tiada apa
yang indah pada wanita kampong itu. Lainlah Sofea Eryna, kekasih hatinya selama
bertahun-tahun, yang seksi bergaya dan tinggi darjatnya. Lantas perkhawinan dia
dengan Zinnirah disembunyikan daripada khalayak, juga Sofea Eryna.
“selama kau belajar kat U, kau tak pernah ada
boyfriend ?”
“belum pernah ada. Saya tak pernah terfikir lagi.”
“huh ! tak pernah ada boyfriend, dah mengada-ada nak
berkahwin. Menggatal !”
Dan Zinnirah
hanya terkedu. Dalam hati seorang Zinnirah, dia tertarik kepada keindahan
alunan piano yang dimainkan oleh Danial Zakhan, juga tertarik kepada lelaki
kacak yang sudah bergelar suaminya itu. Tetapi isteri mana yang tidak sakit
apabila suaminya bertunang dengan perempuan lain ?
“Zira kau tahu buat cheese cake ?”
“kek tu awak nak buat apa?”
“untuk hantaran TUNANG,aku nak bagi kek untu
Sofea..kek tunang aku tu mesti sedap. Okey ?”
“Alright, Encik Danial ! saya akan buat yang paling
sedap”.
Rupa-rupanya
secara tidak sengaja Danial Zakhan telah berusaha membuat Zinnirah cemburu dan
sakit hati. Namun tidak Berjaya. Mengapa ? kerana perempuan itu Zinnirah !Setelah membaca selembar surat usang itu, barulah Danial Zakhan menyedari indahnya Zinnirah yang dimilikinya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila perkhawinannya dengan Sofea Eryna bakal berlangsung tidak lama lagi. Ditambah pula dengan Adam, majikan Zinnirah yang bersungguh-sungguh ikhlas mencintai isteri rahsianya itu. Mungkinkah mereka bersama ? Kini…apa yang tercetus dalam hati, hanya mampu membuatkan sayup-sayup melodi jantung mereka degup meyebut…SEINDAHMU…
- SEBARANG PERTANYAAN
- CIK NUR AMALINA
017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )
- CARA PEMBAYARAN
- MAYBANK
- NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
- NO AKAUN - 114833050577
0 comments:
Post a Comment