Monday, July 7, 2014

JIKA KAU ADA



PENULIS               :               DYZA AINUN
TERBITAN            :               KARANGKRAF
HARGA                 :               RM 23 / Sem. Malaysia , RM 26 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Setelah meninggalkan anak kesayangannya Puteri Jija a.k.a Qalisya terus ke Kota London semula. Dia terpaksa tinggalkan Puteri kepada Zharul demi keselamatan anak dan suaminya itu. Semuanya kerana ugutan seseorang yang mahu membuat onar dalam keluarganya. Jija tidak sanggup melihat penderitaan Zharul lalu memilih untuk meninggalkan suaminya.

Namun di Kota London hatinya tetap merindui Zharul dan Puteri. Begitu juga Zharul, hatinya begitu sedih ditinggalkan oleh isteri tercinta. Namun, dia juga terpaksa merahsiakan identiti sebenar Jija agar isterinya itu sentiasa selamat. Harish pula mulai menjejaki Qalisya hingga ke Kota London. Hatinya sudah tersadung dengan cinta setelah ditinggalkan oleh Elina yang mencuranginya. Sedang Zharul rindukan Jija, hatinya tercalar saat Puteri tiba-tiba hilang. Andainya dia diculik, kenapa tidak ada sesiapa pun yang menuntut wang tebusan ? ke manakah Puteri ?

Apakah yang akan terjadi kepada Jija. Mampukah perkhawinannya bersama Zharul bertahan ? Bagaimana pula Harish ? JIKA KAU ADA mengungkap segalanya.

“baby bukan anak kau ! kau tu mandul dan takkan dapat berikan isteri kau zuriat. Kau lemah, Harish ! Baby adalah tanda cinta dari,kekasih aku !” – Elina

“seksanya hati saya menahan rindu kepada Jija,kak. Setahun itu seolah berabad lamanya. Tidakkah Jija tahu hati saya sangat menderita ? Kalaulah saya ada sayap, pasti saya akan terbang ke sana, sekarang juga kak. “ – Zharul

Kenapa dengan mat saleh seorang ni ? tak faham betul, aku dah berulang kali cakap, aku tak suka dia merayu dan mengemis cinta aku ! Nak cakap apa lagi, dengan mamat seorang ni ? Bahasa Inggeris dah guna, bahasa melayu pun dah cakap. Masih juga dia tak faham. Jason ni, tak faham atau buat-buat tak faham ? ah rimaslah - Jija

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

1 comments:

Hazwani Amalina said...

masih ada novel jika kau ada ini ke?

Post a Comment

 
;