Monday, July 7, 2014 0 comments

HINGGA KE AKHIRNYA


PENULIS               :               SITI NUR DHUHA
TERBITAN            :               BUKU PRIMA
HARGA                 :               RM 21 / Sem. Malaysia , RM 24 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Mimi atia gagal menerima Tengku khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, mimi atia telah menetapkan batas-batas pergaulan diantara dirinya dengan tengku khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkhawinan mimi atia dengan tengku khuzairi telah memalitkan duka dihati Raja Insyirah, iaitu adik kepada raja irwan. Raja insyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan mimi atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh raja insyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa mimi atia ?

“ saya betul-betul tak faham,kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu, untuk menyakiti perasaan saya, dan untuk menambahkan kesengsaraan yang ada. Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikan saya ruang untuk bahagia.” – mimi atia

“abang akan bersabar, abang akan menunggu tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau tia merancang supaya abang melepaskan tia, demi allah abang tidak sanggup melakukan. Abang cintakan tia.” – tengku khuzairi

“saya nak ingatkan tengku, jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri tengku, saya mahu jadi isteri adam Levine. Kalau tengku nak tidur atas katil ni boleh, tetapi tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar macam mana.” – mimi atia


  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

KU PILIH HATIMU


PENULIS               :               AREILA SAHIMI
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 25 / Sem. Malaysia , RM 28 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Intan Nurain memang dah pangkah lelaki ini sejak mula-mula bertemu dulu. Tapi rupa-rupanya Imran Hadi adalah pemilik sebenar rusuk kiri Intan !

Kalau bukan sebab agenda tersembunyi Imran itu, pasti dia takkan menyesal berkahwin dengan lelaki itu. Tapi nak terus menyesal pun takde gunanya. Benda dah jadi. Daripada terus nak marah-marah dan saling menyalahkan, lebih baik berdamai. Baru aman dunia dan selesai masalah !

Opps !!! rupa-rupanya masalah tak pernah selesai. Memang masalah bila hati Imran dah jatuh suka pada Intan. Lagi parah bila Intan menunjukkan minat kepada Amir Haikal, si adik yang lebih kacak dan lebih pandai menarik perhatian para wanita. Imran rasa hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau Rambo, kemudian disalai atas bara api. Lepas tu dicurah dengan kuah gulai lemak cili padi.


Itu belum masuk lagi cerita Lydia Natasya yang tak habis-habis mahu mengacau rumah tangga orang dan kemunculan semula cinta hati tak jadi Intan. Siapa pulak Datin Yuhanis tu ? dan … masih ada lagikah bahagia untuk mereka ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

AKADKU YANG TERAKHIR


PENULIS               :               ACIK LANA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 32 / Sem. Malaysia , RM 35 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Tugas sebagai seorang pakar psikoterapi menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan, segak dan bergaya bernama Irham Zahri. Duda yang seorang ini benar-benar menyakitkan kepala. Mana tidaknya ? tiga kali berkahwin, tiga kali juga Irham Zahri bercerai tanpa sebab ! dan keengganan Irham Zahri untuk berkerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal dihati Rania.

Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania Berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti dibibir Irham Zahri dengan tekad yang perkhawinan  ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania !

“ abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang bernyawa, selagi abang bernafas didunia ini, abang janji sayang adalah cinta terakhir abang .” – IRHAM ZAHRI


Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. Kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
1 comments

ALAMAK LAGI-LAGI DIA


PENULIS : MAZNI AZNITA
TERBITAN : BUKU PRIMA
HARGA : RM 23 / Sem. Malaysia , RM 26 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS :-

THE LOSER gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insane bernama Idham Hariz dizaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik  blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si pianist yang selamba, kerasa kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.

Kes silap masuk khemah ditempat memancing mempertemukan si loser dengan si pianist ini.Syafika dengan perangai A, Nadim dengan peragai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika.Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering  bertemu. Dan seperti kisah-kisah  cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.

Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih ? Lelaki di masa lalu atau masa kininya ? lalu siapa yang harus dicuri cintanya ? cinta si pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan ?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak ? saya ni lebih tua daripada awak – SYAFIKA

Datang bulan ke ? asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik Nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven,kan ? – NADIM

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

HATIMU MILIKMU


PENULIS               :               ELIZA AB
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 31 / Sem. Malaysia , RM 34 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Kehadiran  Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea member seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar, turut sama merasai apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri diatas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Namun, langit tidak selalunya cerah… mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan kebencian melebarkan jurang dianatara mereka berdua disamping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga akhirnya. Namun, segala-galanya sedah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan buat seumur hidupnya.

Adakah Tengku hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya ? adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea ? bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul ,Iqbal dan Fahem Daniel ? Adakah kehadiran mereka member cabaran kepada Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea ? siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

KASIHKU YANG SATU


PENULIS               :               SYANIA SHAA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 32 / Sem. Malaysia , RM 35 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Daniel Harith…lelaki perfect package yang punya segala-galanya. Wajahnya persis model dan berharta, cukup membuatkan dirinya digilai ramai. Demi harta, dia sanggup melakukan  apa sahaja dan sanggup berkorban masa depannya kerana pasti disebalik pengorbanan yang dilakukan, akan  ada habuannya.
Dannia Danisha..gadis yang serba kekurangan namun kaya dengan kasih sayang. Kerana budi keluarga dikenalinya.

Daniel Harith tega mempergunakan si isteri untuk kepentingan, namun si isteri masih lagi  bersabar. Semakin lama timbul pula perasaan aneh membuatkan hatinya keliru. Jika si isteri tiada didepan mata, barulah dia sedar bahawa dia amat memerlukan isterinya. Apabila cintanya bersambut dan meniti alam bahagia, Athirah pula memusnahkan segala-galanya. Iqbal tiba-tiba muncul, memburu cinta pertamanya. Pergolakan demi pergolakan membuatkan Dannia Danisha akur untuk mengundurkan diri.

Kuatkah Daniel Harith menerima bahawa dirinya ditinggalkan dek kerana salah faham ? kehadiran anak kecil bersama Dannia Danisha setelah mereka terputus hubungan membuahkan persoalan besar dalam hidup Daniel Harith.

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA


PENULIS               :               ACIK LANA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 29 / Sem. Malaysia , RM 32 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Di saat itu…

Luqman : “tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ini nak buat bini? Memang tak la…”

Melina : “sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku ? takde cermin kat rumah ?takde cermin kat rumah ? pergi balik cermin muka kau sikit !”

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam ? Dan mampukah perkhawinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bias membuka jalan ke pintu syurga ?

Di saat ini…

Luqman : “kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni.”

Melina : “mel tak boleh fikir apa bila tak Nampak abang depan mata.”
  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

BIARKAN IA BERLALU


PENULIS               :               SHA IBRAHIM
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 32 / Sem. Malaysia , RM 35 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Nadia..kepulangannya ke tanah air setelah lima tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam ! disebabkan dendam jugalah Friend Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.

Identity palsu sebagai graduan luar Negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Shafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan lima tahun lalu.

Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula ? dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya ?

Biarkan ia berlalu..padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan .

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

DIA TUNANG AKU !



PENULIS               :               DHIEYA ADLYNNA
TERBITAN            :               BUKU PRIMA
HARGA                 :               RM 23 / Sem. Malaysia , RM 26 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Dzaquan serba salah. Dia dalam dilemma. Menerima “lamaran” daripada Datuk  Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya ? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak,bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya dihati itu ?

Aneesa pula sudah geleng kepala Mr. Waiter ? rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku ? apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan diluar sana ? dah buta ke mata mereka  ? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas ? senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta ? sah ! mereka semua tak betul ! tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di Café S2 ? kenapa dia langsung tak cakap pada aku ? aku kan tunang dia ? eh, kejap. Sejak bila akui dia sebagai tunang ? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Dihatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu !

“ikatan yang ada diantara kita ni, tak penting ke untuk kau ?” – DZAQUAN

“aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri ! yang boleh dibeli dengan wng ringgit ! aku benci kau ! aku benci kau !” - ANEESA

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

AKU BUKAN MISTRESS



PENULIS               :               ACIK LANA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 17 / Sem. Malaysia , RM 20 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Dua tahun menghambakan diri didalam penjara yng dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang..Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana ? Kaki ingin berari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membin harapan jika penghujungnya tidak seindah impian ? Dan…cukuplah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran dihati mereka melagukan rentak yang sama ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
1 comments

JIKA KAU ADA



PENULIS               :               DYZA AINUN
TERBITAN            :               KARANGKRAF
HARGA                 :               RM 23 / Sem. Malaysia , RM 26 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Setelah meninggalkan anak kesayangannya Puteri Jija a.k.a Qalisya terus ke Kota London semula. Dia terpaksa tinggalkan Puteri kepada Zharul demi keselamatan anak dan suaminya itu. Semuanya kerana ugutan seseorang yang mahu membuat onar dalam keluarganya. Jija tidak sanggup melihat penderitaan Zharul lalu memilih untuk meninggalkan suaminya.

Namun di Kota London hatinya tetap merindui Zharul dan Puteri. Begitu juga Zharul, hatinya begitu sedih ditinggalkan oleh isteri tercinta. Namun, dia juga terpaksa merahsiakan identiti sebenar Jija agar isterinya itu sentiasa selamat. Harish pula mulai menjejaki Qalisya hingga ke Kota London. Hatinya sudah tersadung dengan cinta setelah ditinggalkan oleh Elina yang mencuranginya. Sedang Zharul rindukan Jija, hatinya tercalar saat Puteri tiba-tiba hilang. Andainya dia diculik, kenapa tidak ada sesiapa pun yang menuntut wang tebusan ? ke manakah Puteri ?

Apakah yang akan terjadi kepada Jija. Mampukah perkhawinannya bersama Zharul bertahan ? Bagaimana pula Harish ? JIKA KAU ADA mengungkap segalanya.

“baby bukan anak kau ! kau tu mandul dan takkan dapat berikan isteri kau zuriat. Kau lemah, Harish ! Baby adalah tanda cinta dari,kekasih aku !” – Elina

“seksanya hati saya menahan rindu kepada Jija,kak. Setahun itu seolah berabad lamanya. Tidakkah Jija tahu hati saya sangat menderita ? Kalaulah saya ada sayap, pasti saya akan terbang ke sana, sekarang juga kak. “ – Zharul

Kenapa dengan mat saleh seorang ni ? tak faham betul, aku dah berulang kali cakap, aku tak suka dia merayu dan mengemis cinta aku ! Nak cakap apa lagi, dengan mamat seorang ni ? Bahasa Inggeris dah guna, bahasa melayu pun dah cakap. Masih juga dia tak faham. Jason ni, tak faham atau buat-buat tak faham ? ah rimaslah - Jija

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
Sunday, July 6, 2014 0 comments

ONE DAY YOU’LL BE MINE




PENULIS              :              INAWZA YUSOF
TERBITAN            :              KARYA SENI
HARGA                 :              RM 28 / Sem. Malaysia , RM 31 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilang kasih sayang daripada seorang lelaki yang bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna !Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia akan meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh keluarganya dan juga keluarga Dzul Ehsan.

“kau pekak ek ?”

“aku boleh dengar kau bercakap. So no I’m not deaf. Thank you for asking “.

“jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenaa kau kuatkan volume tv ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar ?”

“okey, but stay away from my stuff ang get your own tv.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-duanya lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagilelaki yang paling indah dimatanya hanyalah Nik Afezal dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya..ialah Dzul Ehsan. Uh sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu !

“jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni,boleh tak ?”

“jadi aku patut tunggu tengahari atau malam sebelum cari pasal dengan kau ? is that what you’re suggesting ?”

“pergi mampus.”

“terima kasih, I love you too.”

Arrghhh !!! Dia memang segaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga meniti dibibirnya. Dzul Ehan juga yang pasti akan hadir melindunginya. Adakah itu tandanya…Dzul Ehsan yang Berjaya menarik perhatiannya sekali gus Berjaya memiliki hatinya ? tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya,  iaitu Nik Afezal ? Oh sesungguhnya dia harus bijak memilih ! dan pilihan pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir !

“kenapa kaunak kahwin dengan orang yang menyusahkan ?”

“ mudah..sebab aku sayang kau.”

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
1 comments

GADIS EDISI TERHAD



PENULIS              :              RIN AHMAD
TERBITAN            :              KAKI NOVEL
HARGA                 :              RM 21 / Sem. Malaysia , RM 24 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Fareez : “awak ni landscape architect ke tukang kebun ?”

Jasmeen : “mintamaaf,encik.Saya landscape architect  bukan tukang kebun .”

Fareez : “ then act like one !”

Jasmeen anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta ? Dia sentiasa takut untuk meltakkan komitmen lantas cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmail tanpa diduga. Kehadiran  Jasmeen member sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya ? Penjual kain ? Tukang kebun ? Arkitek landskap ? Pencinta sejati ?

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identity seenar Jasmeen. Mampukah sebuah reality menepis hakikat sebuh cinta sejati ? Sebuah episode luka membuat Jasmeen memutuskan untuk member ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa hatinya yang lara ke New York.

Ini kisah cinta persinggahan, “rebound relationship” atau cinta sejati ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

BERIKAN AKU BAHAGIA




PENULIS              :              DAMYA HANNA
TERBITAN            :              ALAF 21
HARGA                 :              RM 23 / Sem. Malaysia , RM 26 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ilahi. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya hilang bersama misteri.

Selama ini soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun kehidupan Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah,turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka,ada sahaja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad selalu menimbulkan perasaan jengkel dihatinya.

Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang ! Tetapi bagi Arsyad, pertemuan di ibarat petunjuk untuknya merungkai satu perkara. Rahsia yang selama ini Naqiah tidak tahu. Dahulu mereka pernah makan sepinggan, tidur setilam dan berkejar-kejaran dibawah langit biru. Kini,Naqiah langsung tidak ingat wajahnya. Dia bukan segaja menyembunyikan identity diri tetapi dia tidak punya kekuatan untu berterus terang.

Akhirnya rahsia bukan lagi rahsia. Perkara yang Arsyad sembunyikan, terbongkar jua. Hati Naqiah terluka kerana dibohongi. Berita tentang abangnya turut menambah duka. Mengapa sukar benar untuknya mengapai bahagia ?


  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

GURAUAN BERKASIH



PENULIS              :              ELIZA AB
TERBITAN            :              KAKI NOVEL
HARGA                 :              RM 30 / Sem. Malaysia , RM 33 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik disusun oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil.

Drama demi drama yang dilaonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato’ Zulkifli dan di dendami oleh Nur Laila Safiyah .Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.

Adakah Nur Liyana Safiyah Berjaya mengetahui siapa dirinya yang sebenar ? Adakah Dato’Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar ? Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka hati dihati Nur Liyana Safiyah ? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar ? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA




PENULIS              :              AII FARIZA
TERBITAN            :              KAKI NOVEL
HARGA                 :              RM 22 / Sem. Malaysia , RM 25 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Sungguh Amar Rafiq serik ! cerita cinta yang tercantas ditengah jalan tidak patut diakar semula. Kecurangan lalu menjadikan dia gerun untuk melangkah semula ke alam itu. Bagi Rafiq apa yang berlaku adalah satu peringatan untuknya bahawa semua wanita itu adalah racun. Jangan sesekali disentuh rana bisanya akan memusnakan diri.

Permintaan si ibu telah membuka jalan buntu bagi Rafiq. Dia tidak mampu menyanggah walaupun bermatian dia berhujah. Namun apabila soal Shafiq dibangkitkan,Rafiq akur. Oleh itu,dia mereka sebuah kontrak perjanjian yang bakal mengikat kaki si isteri agar setia pada perkhawinan yang dibina. Lalu dibentangnya dimalam pertama perkhawinan antara dia dan Sakinah.

“ambil ni.” – Rafiq

“apa ni ?” – Sakinah

“baca…kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.” – Rafiq

“surat perjanjian ? tapi untuk apa ?” – Sakinah

“untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa . Aku Cuma perlukan tandatangan kau.” – Rafiq

Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia ? atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahgaiaan mereka sukar untuk digapai ? Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami ? dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

1 comments

KAU YANG PERTAMA DAN TERAKHIR




PENULIS              :              QASEH FARINA
TERBITAN            :              PENULISAN2U
HARGA                 :              RM 18 / Sem. Malaysia , RM 21 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

“hei betina ! berambus kau dari rumah aku ni. Keluar kau ! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Betina sial !!!”

Bermula dari peristiwa malang itu, Maimun membawa diri bersama anaknya, Zairin Elina yang ketika itu berusia setahun. Nasib malang berakhir apabila dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Syeikh Mustapha.

Namun, nasibnya selalu dirundung malang apabila sekali lagi dia dan anaknya dihalau keluar oleh ibu Datuk Syeikh Mustapha tanpa pengetahuan sesiapa pun. Peristiwa yang menyembunyikan pelbagai cerita yang tersembunyi.

Setelah 20 tahun berlalu,pertemuan kembali telah menyebabkan Datuk Syeikh Mustapha mengambil keputusan yang besar. Perkhawinan yang diatur ? ya ! kerana ingin menebus kesilapan dan dosa keluarga Datuk Syeikh Mustapha kepada arwah Maimun, dia dan isterinya, Datin Syarifah Zaharah mengambil keputusan menjodohkan anaknya, Syeikh Azri Sufian dengan Zairin Elina.

“saya tak kata yang saya tak suka. Kita kenal pun belum lagi. Macam mana saya nak kata suka atau tak ?” – Zairin Elina

“habis tu..kau dah suka dengan akulah ni ?” – Syeikh Azri Sufian

“saya tak kata pun yang saya suka encik.” – Zairin Elina

“apa yang kau melalut ni,hah perempuan ? sekejap kata suka..sekejap kata tak suka. Kau ni dah gila, ya ?” – Syeikh Azri Sufian

Tika cahaya bahagia mula menerbitkan sinarnya, fitnah daripada kekasih Syeikh Azri Sufian telah menggugat kebahagian yang dibina. Rahsia yang selama ini terpendam telah melukan hati Zairin Elina. Rupa-rupanya selama ini,keluarga Datuk Syeikh Mustapha tidak jujur kepadanya. Mereka menolong semuanya kerana bersebab !

Mampukah dia melupakan dan memaafkan mereka atas segala yang telah terjadi kepada arwah ibunya ? Apakah bahagia itu akan tetap menjadi miliknya ? biasakah dia mencintai dan memiliki lelaki yang pertama dan terakhir yang bertakhta dalam hatinya ?



“mungkin pada sayang, cinta abang ini dusta belaka tapi percayalah sayang, abang nyatakan ini setulus jiwa.”
  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577


0 comments

AWAK SUKA SAYA TAK ?




PENULIS              :              MELUR JELITA
TERBITAN            :              KARYA SENI
HARGA                 :              RM 30 / Sem. Malaysia , RM 34 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

KISAH KASIH SAYANG diantara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali islam lebih mencintai islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego ?

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada intan zulaikha dengan aksinya yang daring, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk emndapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku..sifuku..kekasihku. Kembalilah..

“saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh,saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh,saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa disisi awak. Awak sentiasa disisi saya,disini..” hilman yong

“don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha… saya Nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes .. your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja”. Damien yong

“saya akui saya gembira bersama Mr.Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr.Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium..tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan..walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan zulaikha.


  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

SEINDAHMU



PENULIS              :              TINA DERIKA
TERBITAN            :              KARYA SENI
HARGA                 :              RM 28 / Sem. Malaysia , RM 31 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

“sama ada kau kena berubah sikap, atau kahwin dengan Zinnirah. Bila sebut pasal ubah sikap maknanya, kau tak bolehlah pergi kelab, berfoya-foya dengan sofia”.

Malangnya Danial Zakhan, pewaris syarikat perkapalan yang suka bersosial dan berhibur itu tidak Berjaya mengubah sikap buruknya. Dato Abdullah, papanya Danial menganggap hanya Zinnirah yang mampu mengubah Danial Zakhan.

Siapa Zinnirah ? Pada Danial, perempuan itu hanya pemilik kedai runcit kampong. Memang tiada apa yang indah pada wanita kampong itu. Lainlah Sofea Eryna, kekasih hatinya selama bertahun-tahun, yang seksi bergaya dan tinggi darjatnya. Lantas perkhawinan dia dengan Zinnirah disembunyikan daripada khalayak, juga Sofea Eryna.

“selama kau belajar kat U, kau tak pernah ada boyfriend ?”

“belum pernah ada. Saya tak pernah terfikir lagi.”

“huh ! tak pernah ada boyfriend, dah mengada-ada nak berkahwin. Menggatal !”

Dan Zinnirah hanya terkedu. Dalam hati seorang Zinnirah, dia tertarik kepada keindahan alunan piano yang dimainkan oleh Danial Zakhan, juga tertarik kepada lelaki kacak yang sudah bergelar suaminya itu. Tetapi isteri mana yang tidak sakit apabila suaminya bertunang dengan perempuan lain ?

“Zira kau tahu buat cheese cake ?”

“kek tu awak nak buat apa?”

“untuk hantaran TUNANG,aku nak bagi kek untu Sofea..kek tunang aku tu mesti sedap. Okey ?”

“Alright, Encik Danial ! saya akan buat yang paling sedap”.

Rupa-rupanya secara tidak sengaja Danial Zakhan telah berusaha membuat Zinnirah cemburu dan sakit hati. Namun tidak Berjaya. Mengapa ? kerana perempuan itu Zinnirah !Setelah membaca selembar surat usang itu, barulah Danial Zakhan menyedari indahnya Zinnirah yang dimilikinya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila perkhawinannya dengan Sofea Eryna bakal berlangsung tidak lama lagi. Ditambah pula dengan Adam, majikan Zinnirah yang bersungguh-sungguh ikhlas mencintai isteri rahsianya itu. Mungkinkah mereka bersama ? Kini…apa yang tercetus dalam hati, hanya mampu membuatkan sayup-sayup melodi jantung mereka degup meyebut…SEINDAHMU…






  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

JIKA MAWAR PUDAR WARNA



PENULIS              :              AULIA IMAN
TERBITAN            :              KARYA SENI
HARGA                 :              RM 24 / Sem. Malaysia , RM 27 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnyayang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya.

“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku ! Tapi, bila  hari pernikahan semakin tiba,dia tinggalkan aku tanpa alasan ! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki !”

Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkhawinan. Tiada langsung ruang buat Amira dlam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesame insan.

“kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu ? aku yang iman, akulah yang habis dulu !”

“ dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu !”

Menjalani kehidupan runah tangga bersama insane yng polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah.

Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah itu!”

“kau bukan cantik mana pun nak jadi model ! sudahlah gemuk ! buang karan aje ! tak suka !”

“saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner…cukuplah ! kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard ! jaga kereta awak ditempat parkir !”

Ketika langit cerah, bunga-bunga ditaman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga ? semuanya mekar mewangi dalam JIKA MAWAR PUDAR WARNA.
  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577




0 comments

ISTERI SEPARUH MASA




PENULIS              :              SURI RYANA
TERBITAN            :              KAKI NOVEL
HARGA                 :              RM 17 / Sem. Malaysia , RM 20 / Sabah & Sarawak

SINOPSIS            :-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengistiharkan “perang” dengan adik angkatya itu. Mereka ibarat Israel dan palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semkin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar Negara.

Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran ? Dapatkah Medina Izwani membahagiakan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya ?Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Sazril ke Ireland terpaks dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada diluar Negara,Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu megenai Medina Izwani .Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik dihadapan keluarganya sahaja.Berlainan pula halnya denan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menetu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujung kisah mereka nanti ? Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu,walaupun hanya isteri separuh masa..walaupun hanya dilayan sebagai isteri dihadapan ahli keluargannya sahaja.Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya ? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril ? 

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri beserta kad mengingatkannya kepada Megat Sazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringkat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )


  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
 
;