Monday, July 7, 2014 0 comments

HINGGA KE AKHIRNYA


PENULIS               :               SITI NUR DHUHA
TERBITAN            :               BUKU PRIMA
HARGA                 :               RM 21 / Sem. Malaysia , RM 24 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Mimi atia gagal menerima Tengku khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, mimi atia telah menetapkan batas-batas pergaulan diantara dirinya dengan tengku khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkhawinan mimi atia dengan tengku khuzairi telah memalitkan duka dihati Raja Insyirah, iaitu adik kepada raja irwan. Raja insyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan mimi atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh raja insyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa mimi atia ?

“ saya betul-betul tak faham,kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu, untuk menyakiti perasaan saya, dan untuk menambahkan kesengsaraan yang ada. Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikan saya ruang untuk bahagia.” – mimi atia

“abang akan bersabar, abang akan menunggu tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau tia merancang supaya abang melepaskan tia, demi allah abang tidak sanggup melakukan. Abang cintakan tia.” – tengku khuzairi

“saya nak ingatkan tengku, jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri tengku, saya mahu jadi isteri adam Levine. Kalau tengku nak tidur atas katil ni boleh, tetapi tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar macam mana.” – mimi atia


  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

KU PILIH HATIMU


PENULIS               :               AREILA SAHIMI
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 25 / Sem. Malaysia , RM 28 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Intan Nurain memang dah pangkah lelaki ini sejak mula-mula bertemu dulu. Tapi rupa-rupanya Imran Hadi adalah pemilik sebenar rusuk kiri Intan !

Kalau bukan sebab agenda tersembunyi Imran itu, pasti dia takkan menyesal berkahwin dengan lelaki itu. Tapi nak terus menyesal pun takde gunanya. Benda dah jadi. Daripada terus nak marah-marah dan saling menyalahkan, lebih baik berdamai. Baru aman dunia dan selesai masalah !

Opps !!! rupa-rupanya masalah tak pernah selesai. Memang masalah bila hati Imran dah jatuh suka pada Intan. Lagi parah bila Intan menunjukkan minat kepada Amir Haikal, si adik yang lebih kacak dan lebih pandai menarik perhatian para wanita. Imran rasa hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau Rambo, kemudian disalai atas bara api. Lepas tu dicurah dengan kuah gulai lemak cili padi.


Itu belum masuk lagi cerita Lydia Natasya yang tak habis-habis mahu mengacau rumah tangga orang dan kemunculan semula cinta hati tak jadi Intan. Siapa pulak Datin Yuhanis tu ? dan … masih ada lagikah bahagia untuk mereka ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

AKADKU YANG TERAKHIR


PENULIS               :               ACIK LANA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 32 / Sem. Malaysia , RM 35 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Tugas sebagai seorang pakar psikoterapi menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan, segak dan bergaya bernama Irham Zahri. Duda yang seorang ini benar-benar menyakitkan kepala. Mana tidaknya ? tiga kali berkahwin, tiga kali juga Irham Zahri bercerai tanpa sebab ! dan keengganan Irham Zahri untuk berkerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal dihati Rania.

Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania Berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti dibibir Irham Zahri dengan tekad yang perkhawinan  ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania !

“ abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang bernyawa, selagi abang bernafas didunia ini, abang janji sayang adalah cinta terakhir abang .” – IRHAM ZAHRI


Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. Kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
1 comments

ALAMAK LAGI-LAGI DIA


PENULIS : MAZNI AZNITA
TERBITAN : BUKU PRIMA
HARGA : RM 23 / Sem. Malaysia , RM 26 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS :-

THE LOSER gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insane bernama Idham Hariz dizaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik  blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si pianist yang selamba, kerasa kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.

Kes silap masuk khemah ditempat memancing mempertemukan si loser dengan si pianist ini.Syafika dengan perangai A, Nadim dengan peragai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika.Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering  bertemu. Dan seperti kisah-kisah  cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.

Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih ? Lelaki di masa lalu atau masa kininya ? lalu siapa yang harus dicuri cintanya ? cinta si pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan ?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak ? saya ni lebih tua daripada awak – SYAFIKA

Datang bulan ke ? asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik Nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven,kan ? – NADIM

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

HATIMU MILIKMU


PENULIS               :               ELIZA AB
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 31 / Sem. Malaysia , RM 34 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Kehadiran  Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea member seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar, turut sama merasai apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri diatas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Namun, langit tidak selalunya cerah… mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan kebencian melebarkan jurang dianatara mereka berdua disamping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga akhirnya. Namun, segala-galanya sedah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan buat seumur hidupnya.

Adakah Tengku hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya ? adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea ? bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul ,Iqbal dan Fahem Daniel ? Adakah kehadiran mereka member cabaran kepada Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea ? siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa ?

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

0 comments

KASIHKU YANG SATU


PENULIS               :               SYANIA SHAA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 32 / Sem. Malaysia , RM 35 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Daniel Harith…lelaki perfect package yang punya segala-galanya. Wajahnya persis model dan berharta, cukup membuatkan dirinya digilai ramai. Demi harta, dia sanggup melakukan  apa sahaja dan sanggup berkorban masa depannya kerana pasti disebalik pengorbanan yang dilakukan, akan  ada habuannya.
Dannia Danisha..gadis yang serba kekurangan namun kaya dengan kasih sayang. Kerana budi keluarga dikenalinya.

Daniel Harith tega mempergunakan si isteri untuk kepentingan, namun si isteri masih lagi  bersabar. Semakin lama timbul pula perasaan aneh membuatkan hatinya keliru. Jika si isteri tiada didepan mata, barulah dia sedar bahawa dia amat memerlukan isterinya. Apabila cintanya bersambut dan meniti alam bahagia, Athirah pula memusnahkan segala-galanya. Iqbal tiba-tiba muncul, memburu cinta pertamanya. Pergolakan demi pergolakan membuatkan Dannia Danisha akur untuk mengundurkan diri.

Kuatkah Daniel Harith menerima bahawa dirinya ditinggalkan dek kerana salah faham ? kehadiran anak kecil bersama Dannia Danisha setelah mereka terputus hubungan membuahkan persoalan besar dalam hidup Daniel Harith.

  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577
0 comments

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA


PENULIS               :               ACIK LANA
TERBITAN            :               KAKI NOVEL
HARGA                 :               RM 29 / Sem. Malaysia , RM 32 /Sabah & Sarawak

SINOPSIS             :-

Di saat itu…

Luqman : “tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ini nak buat bini? Memang tak la…”

Melina : “sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku ? takde cermin kat rumah ?takde cermin kat rumah ? pergi balik cermin muka kau sikit !”

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam ? Dan mampukah perkhawinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bias membuka jalan ke pintu syurga ?

Di saat ini…

Luqman : “kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni.”

Melina : “mel tak boleh fikir apa bila tak Nampak abang depan mata.”
  • SEBARANG PERTANYAAN
  • CIK NUR AMALINA 
                     017-6015336 ( WECHAT / WHATSAPP / BEE TALK / MESEJ )

  • CARA PEMBAYARAN
    • MAYBANK
    • NAMA - CIK NUR AMALINA BINTI ISMAIL
    • NO AKAUN - 114833050577

 
;